Tips kecantikan ni i buat sendiri tau, setakat ni i dah cuba 2 kali seminggu. Tested! Approved! 100% Satisfaction Guaranteed! Mungkin i sangat serasi dengan minyak habbatus sauda, sebab tu semua resepi kecantikan yg melibatkan penggunaan minyak habbatus sauda sering memberi kesan di luar dugaan. ceh wah!
Ok, i dah cuba formula skrub ni menggunakan minyak biji anggur (kesan kulit jadi cerah!), minyak biji delima (kesan lambat!), minyak kelapa dara (bagus tapi pori-pori tersumbat!), minyak zaitun (pori-pori tersumbat juga!), minyak argan (minyak ni super mahal tapi kesan gitu-gitu aje, 1 botol RM80 naik pitam masa nak bayo!) & minyak aprikot (kesan agak menakjubkan, bagus la, kulit berseri juga..)
Dipendekkan cerita minyak habbatus sauda menghasilkan kesan terhebat! That's why i cakap minyak habbatus sauda adalah minyak TERBAIK seantero dunia.. believe it or not, there is no other organic oil better than black seed oil! yg penting u all kena pilih cold-pressed version, boleh dimakan begitu saje. Kesan hampir serta merta! tahap ajaib la tu kan? Pilih minyak habbatus sauda jenama dogaci ye.. yg i jual ni brand dogaci la.. pastinya 100% pure organic cold-pressed! Jangan terpedaya dengan lain-lain brand yg memasukkan campuran pelbagai jenis minyak & dijual pada harga lebih murah. Orang kita ni nak produk yg bermutu 100% asli original berkesan mantap tapi nak murah.. macam mana tu? Biar la mahal sikit asal puas hati & yakin dengan ketulenannya.. mahal sikit aje pun, bukannya sampai beratus ringgit sebotol (mula dah.. tulis banyak ngan cakap banyak sama tak? hehe..)
Natural Beauty: Cara guna skrub muka collagen plus minyak habbatus sauda :-
- Cuci muka. Lap, biar keadaan kulit masih sedikit lembap, paham kan?
- Ambil sedikit skrub (i guna collagen scrub jenama pro natural 2000), letak atas tapak tangan.
- Titiskan sedikit minyak habbatus sauda, sebatikan kedua-duanya.
- Ratakan ke suruh muka, lepas tu skrub perlahan-lahan.
- Skrub je muka tu lama-lama pun tak pe (i buat sampai 10minit!) fokus pada bahagian muka yg banyak whitehead & blackhead. Whitehead, blackhead & sel-sel kulit mati akan hilang serta merta!
- Kalau kulit ada jerawat pasir, urut pelan-pelan je la, lepas tu biar skrub kat muka dlm 5minit, baru bilas bersih.
- Kalau kulit ada jerawat besar-besar, tak boleh skrub ye, ratakan saje, lepas tu biar skrub kat muka dlm 10minit, baru bilas bersih. Insyallah boleh keringkan jerawat dlm masa satu minggu. Dah jerawat besar-besar, kena lebih sabar la, kan?

I dah cuba macam-macam resepi untuk kembalikan kulit asal tu tapi masih tak puas hati. Alhamdulillah, akhirnya di bulan Ramadhan yg ke 1433H ni i tergerak hati mencuba minyak habbatus sauda, sabun timun & formula skrub kolagen plus minyak habbatus sauda.. sungguh tak sangka i dapat berhari raya dengan kulit baru yg lebih indah berseri menawan hati.. (menawan hati i sendiri la.. haha! syok sendiri apa salahnya, kan? ok tu, lebih baik dari tak syok langsung..)
Oleh kerana entry ini ditulis di penghujung Ramadhan, maknanya u all tak sempat lah nak cuba sebelum Syawal, kan? Tapi tak pe, selalu percaya bahawa tiada istilah terlambat dalam hidup ni.. Kalau tak sempat sekarang, masih ada esok bagi mu.. u all boleh cuba lepas raya ye..
Thank you for reading.. Like !






















fsdsdfsdf
ReplyDeletegggggg
ReplyDelete