Assalamualaikum.. hello pretty girls.. all you need is love, hugs & kisses..
Top slimming tips ni i dah cuba sendiri &
kesannya sangat menakjubkan! u all kena percaya & istiqomah pd
setiap usaha yg u all lakukan. Kurus secara drastik boleh mendatangkan
mudarat pd sistem tubuh dlm jangkamasa panjang. Selalu beri masa paling
kurang 2 bulan utk melihat tahap keberksanan sesuatu resepi atau
produk yg u all amalkan, boleh? terimakasih..
Tips 1: Makan 1-2 Mangkuk Bubur Oatmeal Setiap Hari!
Oatmeal
muerupakan sejenis makanan yg sangat mudah didapati, ada dijual di
mana-mana saja. Semua orang kenal oatmeal, kan? Jarang sangat i dengar
orang awam bertanya apa itu oatmeal, kecuali anak-anak kecil yg belum
mumayyiz serta belum mengenal huruf & benda. Ramai orang ambil
ringan tentang kebolehan oatmeal ni, mungkin mereka belum pernah mencuba
atau pernah cuba sekali-sekala saja kemudian mengharapkan keajaiban
tup-tup badan terus menjadi kurus langsing persis jelitawan anggun
kesayangan i tu.. siapa? oh! Maya Karin.. awak memang jelita.. hmmmm...
Oatmeal
yg kaya khasiat ini mengandungi sumber serat-larut, karbohidrat-lengkap
& protein yg sangat membantu mempercepatkan proses penurunan berat
badan, di samping membantu menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan lain
seperti atherosclerosis (saluran darah tersumbat), angina (sakit daerah dada akibat gangguan bekalan oksigen & kekurangan darah), hypertension (tekanan darah tinggi), gall stones
(sakit buah pinggang disebabkan pengambilan makanan yg tinggi lemak,
minyak, kolesterol, bahan awet kimia, keracunan makanan, terlebih caffeine, ubat berdadah dll), diabetes (sakit kencing manis) & cancer (semua penyakit berkaitan kerosakan sel-sel DNA dlm tubuh).
Sebenarnya
bayak lagi unsur-unsur & zat pemakanan penting yg terdapat dlm
oatmeal, tapi i tak senaraikan semuanya, tak pe kan? u all boleh cari
& kaji sendiri.. pandai.. sayang u all..
Sekarang
i nak cerita cara buat bubur oatmeal ye.. u all amalkan bubur oatmeal
ni selama sebulan & tengok macam mana hasilnya, paling kurang u all
boleh turun 1kg sebulan.. i buat dulu berterusan tanpa selang-selang,
hasilnya 2kg hilang! percaya, kan? Kalau u all nak berjaya, u al kena
percaya.. percaya itu inti kejayaan.. (hai.. tak habis-habis berangan
nak jadi pakar mnotivasi..)
Cara
menyediakan sarapan pagi bubur oatmeal + hirisan pisang + serbuk lada
hitam + ikan bilis goreng + minyak zaitun perisa lemon untuk kurus
langsing kempis perut :-
Resepi
ni i buat masa sarapan pagi. After having a bowl of oatmeal porridge, i
will go jogging & walking for 1 hour. It's my everyday routine!
- Mula-mula goreng ikan bilis, suka
hati nak letak banyak mana (penting utk bagi bubur oat yg tawar lahabau
tu jadi sedap & rasa masin).
- Hiris pisang. i guna 2 biji pisang berangan saiz sederhana (penting utk tenaga & cepat kenyang).
- Sedikit serbuk lada hitam (penting utk percepat bakar kalori).
- 1 sudu besar minyak zaitun perisa lemon (penting utk menjadikan bubur oat yg tak berapa sedap tu menjadi sesedap-sedapnya!)
- Masukkan 5sudu besar oatmeal ke dlm mangkuk (i guna jenama Quaker Oat!), tunang air panas, tutup, biar je oat tu mengembang.
- Tiba masa yg sesuai utk makan, u all
taburkan ikan bilis goreng, masukkan hirisan pisang, serbuk lada hitam
& minyak zaitun perisa lemon.
- Kacau rata-rata, makan sampai habis. Ulang resepi ni esok, lusa & seterusnya hingga u all nampak perut makin kempis. OK?
- i tukar-tukar bahan-bahan yg
dimasukkan ke dlm resepi tu utk mengelakkan rasa jemu. contoh u all
boleh ganti pisang dgn epal & buah-buahan berry.
Cara
menyediakan makan tengahari atau makan malam bubur oatmeal + sup bebola
ikan & sayur + minyak zaitun perisa lemon untuk kurus langsing
kempis perut :-

Resepi
ni i buat untuk makan tengahari atau malam. i masih makan nasi berlauk
macam biasa! Kalau i makan bubur oatmeal waktu lunch, i akan makan nasi
waktu dinner, begitulah sebaliknya..
- Yg ni masak macam tumis sup sayur je, guna bawang puteh, bawang besar & halia.
- Boleh masukkan apa-apa sayur
kegemaran u all ye.. i selalu guna carrot, kubis, bunga kubis, cendawan,
kacang buncis, tomato & lain-lain.
- Bila sup dah ready, u all masukkan oatmeal & tunggu hingga kembang, kemudian cedok ke dlm mangkuk & makan. walla!
- Kalau keadaan darurat, tak cukup
bekalan sayur, hasilnya sama la macam dlm gambar tu, masa tu cuma ada
cendawan & tomato saja dlm peti ais.
- Yg penting i tetap letak serbuk lada hitam atau serbuk habbatus sauda.
- Plus minyak zaitun perisa lemon!
Cara menyediakan bubur oatmeal versi my husband jimat masa dan tenaga berkesan untuk kurus langsing kempis perut :-

Resepi
bubur oatmeal yg sangat simple & cepat siap. My hubby selalu buat
macam ni sebab i tak sempat nak tolong buat untuk dia di awal pagi, busy
ngan anak-anak rinuh rendah nak ke sekolah.
- Masak air.
- Masukkan 3 sudu besar oatmeal ke dlm mug, tuang air panas anggaran setengah gelas, tunggu oatmeal kembang.
- Once dah ready nak minum, u all tuang susu rendah
lemak atau susu segar ke dlm mug tu hingga penuh lah, lepas tu tabur
buah-buahan kering cranberries, apricot, pineapple & lain2 (ada jual
kat bakeries ye..).
- lepas tu, cedok ngan sudu, suap & telan. hmmmmm..
dia cakap sedap, tapi i tak boleh telan sebab muaknya ya Rabbi.. yg
penting my hubby tak muncit, tak gemuk, perut dia kempis tahap papan
lapis sepanjang masa.. dah 17 tahun i kawen ngan dia, berat badan makin
turun, tak pernah naik.. alhamdulillah..
Selamat mencuba..
Thank you for reading.. Like !